Ahad, 30 Disember 2007

Movie Di Cameron ..




Pertandingan Memancing Tertutup Kesumba BB3

Satu pertandingan memancing telah dirancang oleh Persatuan Penduduk untuk mengumpul dana persatuan. Pertandingan terbuka kepada semua penduduk kesumba kecuali AJK Pertandingan. Pertandingan akan di adakan sama ada pada bulan Januari atau Februari 2008 sebelum mesyuarat agung persatuan diadakan (17 Februari 2008).

Mereka yang berminat boleh menghubungi En Rabayi, Encik Johari atau Encik Izani.

Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Jamuan Sambutan Tahun Baru 2008 ... Makan-Makan Hujung Tahun 2008













Telah diadakan pada : 29 Disember 2007
Masa : 9.00 Malam
Kehadiran : Memuaskan

Selamat Datang En Zainal Di Kejiranan Kesumba



Pihak ‘Super Friend’ mengucapkan selamat datang dan selamat menjadi warga kesumba kepada Encik Zainal sekeluarga. Beliau baru sahaja menjadi warga kesumba pada 23 Disember 2006 dan menetap di 11 Jalan Kesumba 3A/6.

Khamis, 27 Disember 2007

Henti Rehat Di Kuala Kubu Bharu










Klik Imej Untuk Gambar Lebih Jelas...









Jamuan Sambutan Tahun Baru 2008 ... Makan-Makan Hujung Tahun

Satu jamuan Jalan Kesumba 3A/6 Beruntung Hill Park dan rakan-rakan `Super Friend’ dicadangkan untuk diadakan pada hari Sabtu malam Ahad 29 Disember 2007.

Rakan-rakan dijemput untuk turut hadir pada jamuan tersebut...
Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Maklumat lanjut bolehlah menghubungi En. Rozi / En. Sam ditalian... jumpa sendiri le...

Jumaat, 21 Disember 2007

Gambar-Gambar Kenangan D' Cameron Highland


Sebelum bertolak..

Macam d' London

Petik teh bang ??

Pakar masak memasak .. Abg Jaafar

Kena paksa menyediakan sarapan pagi

Acara bertukar-tukar hadiah

Yah... tiup dik !!


Dah happy... jom balik.

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Kepada semua warga Kesumba terutama rakan-rakan ‘Super Friend’ diucapkan Selamat hari Raya Aidil Adha….

Untuk makluman, tuan-tuan dijemput untuk sama-sama terlibat dalam upacara korban selepas solat sunat Aidil Adha 20 Disember 2007 /10 Zulhijjah 1429H di perkarangan Surau Al-Hidayah, Taman Kesumba.

Bagi rakan-rakan yang pulang berhari raya di kampung masing-masing, berhati-hati memandu dan pastikan kenderaan anda diselenggara dengan sempurna seelum memulakan perjalanan. Selamat memandu dan semoga sampai dengan selamat ke destinasi yang dituju.


Family Day di Cameron Highland

Program Family Day Super Friend di Cameron Highland berjalan pada 15 dan 16 Disember 2007 seperti perancangan. Peserta bertolak pada jam 9.15 pagi setelah sesi bergambar dan bacaan doa selamat.

Sembilan family di ketuai oleh En Rozi bin Mustaffa dan pembantu kanannya En Johari bin Zakaria (Joe) turut serta dalam program tersebut dengan jumlah peserta seramai 40 orang. Peserta menginap di Heritage Appartment di Tanah Rata, Cameron Highland.

Antara acara yang dijalankan sepanjang program tersebut ialah acara bertukar hadiah Super Friend, Tiru Aksi (kanak-kanak), Suami Peka, Berbalas Pantun antara Appartment dan Lawatan Sambil membeli Belah.

Acara-acara dan program yang diatur cukup menarik dan relak bagi peserta. Ada permintaan di kalangan peserta agar lain kali ianya di adakan selama tiga hari dua malam. Ini berikutan ada di kalangan peserta tidak sempat membeli belah berikutan kesuntukan masa.

Program pertama ini dirasakan cukup berjaya dan boleh dijadikan asas dalam merangka atau merancang program-program di masa akan datang.

Peserta bertolak balik ke Kesumba pada jam 1 15 petang selepas sesi bergambar dan singgah sebentar di Ladang Tea Bharat Cameron Highland. Peserta terus menuju ke rumah En Nordin kerana menunaikan jemputan kenduri di Kesumba 3A/7 (Terima kasih.. Sememangnya kami sedang lapar).

Semua peserta selamat kembali ke rumah masing-masing tanpa sebarang musibah atau sesuatu yang tidak diingini. Alhamdulillah.

Rancangan Trip to Cameron Highland

En Rozi Mustaffa mencadangkan untuk mengadakan family day atau lebih dikenali sebagai Super Friend Day di Cameron Highland. Rakan-rakan bersetuju dengan cadangan tersebut. Tarikh pada awalnya dicadangkan pada 08 dan 09 Disember 2007 tetapi dilewatkan kerana pada tarikh tersebut saudara Syam turut mengadakan kenduri arwah.

Saudara Rozi bersama isteri bersetuju untuk mengurus keseluruhan pelaksanaan program tersebut.

Thank You Mr Rozi...

Jamuan Hari Raya Super Friend

Jamuan Hari Raya Jalan Kesumba 3A/6 telah di adakan pada malam Rabu malam Khamis sempena cuti Depavali. Pelbagai juadah disediakan oleh rakan-rakan lorong. En Sapiran bertungkus lumus menyediakan char koey teow panas dengan dibantu oleh En Syam dan En Johari (Ketua Lorong).