Rabu, 14 Oktober 2009

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 1430H

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1430H Taman Kesumba akan diadakan seperti berikut :


Tarikh : 18 Oktober 2009
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Perkarangan Surau al-Hidayah


Datanglah Beramai-Ramai
Luangkan masa untuk merapatkan ukhwah sesama kita
Jiran Cakna Masyarakat Tersohor

Jumaat, 18 September 2009

Selamat Hari Raya


Salam Aidilfitri untuk rakan-rakan sekejiranan Kesumba sekalian. Semoga aidilfitri kali ini membawa seribu makna buat kita semua.

Bagi yang pulang ke kampung halaman pada aidilfitri 1430h ini, sentiasa berhati-hati di jalanraya. Sentiasa patuhi undang-undang jalanraya. Memandu ikut peraturan dan bukannya ikut perasaan.

Bagi yang berhari raya di Kesumba, bersama-sama kita berziarah sesama kita di samping bersama-sama kita menjaga keselamatan kejiranan kita.

Jumaat, 4 September 2009

Pemasangan Meter Air Oleh Syabas

Rakan-Rakan penduduk Taman Kesumba yang dihormati...

Pihak SYABAS dalam masa terdekat akan memasang meter air persendirian di premis-premis yang diduduki. Oleh itu tuan-tuan yang berminat untuk memohon bekalan air perlu menyediakan salinan kad pengenalan, salinan perjanjian jual beli (S&P) dan wang RM130.00. Pihak SYABAS akan membuka kaunter pendaftaran pada 05 September (Sabtu) dan 10 September 2009 (Khamis) di surau al-Hidayah Taman Kesumba dari jam 900 - 1100 Pagi.

Tuan pun dijemput hadir mendaftar beramai-ramai. Walaubagaimanapun bagi mereka yang tidak berkesempatan, pendaftaran juga boleh dibuat di kaunter SYABAS berhampiran.

Jumaat, 10 Julai 2009

Program Keselamatan Taman Kesumba

Persatuan Penduduk Taman Kesumba akan mengadakan Program Keselamatan Taman Kesumba bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia dan beberapa agensi kerajaan lain. Sehubungan dengan itu pihak persatuan penduduk menjemput semua penduduk untuk sama-sama menjayakan program tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 12 Julai 2009 (Ahad)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Surau al-Hidayah, Taman Kesumba
Perasmian : Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batang Kali.


Sabtu, 9 Mei 2009

Penduduk Bkt Beruntung lega, kerajaan selesai bil TNB ....

SHAH ALAM, 24 April - Penduduk perumahan Bandar Bukit Beruntung dan Taman Bukit Sentosa hari ini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan Selangor hari ini tampil menyelesaikan sebahagian bil tertunggak pemaju kepada syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Penyerahan replika cek bernilai RM38,500 disampaikan kerajaan negeri melalui Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali kepada wakil TNB di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini, pagi tadi.
Dato’ Dr Hasan ketika ditemui pemberita berkata penyerahan cek tersebut adalah sebahagian daripada bayaran tunggakan oleh kerajaan akibat kegagalan pemaju kawasan perumahan terbabit menjelaskan bayaran bil lampu jalan di kawasan itu sejak beberapa tahun lalu.
“Kira-kira 80,000 orang penduduk di kawasan itu hidup dalam kegelapan sejak Januari lalu disebabkan tunggakan bil yang bertahun-tahun tidak dibayar,” katanya memberitahu yang perkara itu juga telah menimbulkan kegusaran di kalangan penduduk terbabit.
Dalam pertemuan pagi tadi, wakil TNB berjanji akan memulakan kerja-kerja pemulihan lampu-lampu jalan kawasan terbabit malam ini secara berperingkat-peringkat.
Mengulas mengenai tindakan kerajaan negeri menyelesaikan sebahagian bil tunggakan itu, beliau berkata ianya berpandukan kepada cadangan-cadangan yang diberikan oleh Majlis Daerah dan ianya dikemukakan dalam mesyuarat Exco dua minggu lalu.
“Kertas cadangan ini telah diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan beberapa tindakan telah diambil iaitu mengadakan rundingan dengan pihak-pihak pemaju, TNB dan dengan agensi kerajaan seperti majlis daerah serta pejabat tanah,” katanya.
Menurut beliau selain tunggakan yang dibuat hari ini, kerajaan negeri juga akan menjadi pemantau dalam rundingan di antara pihak TNB dengan pemaju bagi menyelesaikan bil tunggakan yang lebih besar iaitu berjumlah RM400,000.00.
“Hal ini telah diputuskan dalam mesyuarat Exco dengan membuat satu rundingan yang lebih lanjut di antara pihak TNB dengan pemaju dan kerajaan negeri akan menjadi pemantau bagi rundingan ini supaya ia tidak merugikan mana-mana pihak,” katanya yang berharap satu keputusan dapat dicapai dan keputusan itu nanti akan dapat memberi kegembiraan kepada penduduk. -
BR: Macam nie la jika dapat pemaju yang lepas tangan, rakyat jadi mangsa, bernasib baik lah mempunyai kerajaan berperihatin seperti Pakatan Rakyat... walaupun dicemuh dan dikritik, dapat juga melaksanakan hutang untuk pemaju (dimana pergi anak syarikat Europlus dan Talam Corporation sekarang?)

*** Ihsan Buletin Rakyat HS

Khamis, 16 April 2009

Borang Keahlian Persatuan Penduduk


Download, print dan submit... Yuran Pendaftaran RM 10 dan bulanan RM2

Jumaat, 3 April 2009

Mesyuarat Agung Surau al-Hidayah

Mesyuarat Agung Surau al-Hidayah akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 05 April 2009

Masa : 9.00 Pagi

Tempat : Surau al-Hidayah, Taman Kesumba.

** Rakan-rakan ahli qariah dijemput hadir

Khamis, 5 Mac 2009

Daftarkan keahlian anda...

Tuan-tuan penduduk Taman Kesumba yang masih lagi belum menjadi ahli persatuan penduduk amat-amat digalakkan mendaftar sebagai ahli agar dapat sama-sama berkomuniti dalam persatuan. Borang pendaftaran boleh diambil terus dari pengerusi penduduk Tuan Haji Harun Mohd Lip atau dari jawatankuasa terlantik.

Jangan ditanya apa yang persatuan boleh buat untuk kita,
tanyalah apa yang kita boleh buat untuk persatuan..
.

Jiran Muafakat Masyarakat Berkat

Jiran Cakna Masyarakat Tersohor

Selasa, 24 Februari 2009

Notis Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk

Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Kesumba akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 01 Mac 2009
Hari : Ahad

Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Perkarangan Surau Al-Hidayah, Taman Kesumba.
Dirasmikan Oleh : YB Mohd Isa Kasim
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batang Kali

* Rakan-rakan ahli persatuan dijemput hadir

Selasa, 17 Februari 2009

Cadangan Penubuhan Badan Khairat


Dalam mesyuarat jawatankuasa Surau al-Hidayah, Taman Kesumba baru-baru ini, satu usul penubuhan Badan Khairat Kematian telah dikemukakan. Penubuhan ini bertujuan menjaga kebajikan penduduk terutama dalam soal kematian ahli kariah. Sebarang ulasan, komen dari penduduk sangat dialu-alukan dan boleh dibuat pada ruangan ulasan di bawah.

Ahad, 25 Januari 2009

Gerhana Matahari

MARI SOLAT GERHANA MATAHARI !


Esok pada 26 Januari 2009, masyarakat Cina akan menyambut Tahun baru Cina dan pada masa yang sama juga Gerhana Matahari Anulus akan berlaku selama 3 jam 46 minit dari lautan India ke sebelah Barat Indonesia. Ini berlaku apabila Bulan merentas di hadapan Matahari, tetapi tidak menutup Matahari sepenuhnya kerana saiz ketara Bulan adalah lebih kecil daripada Matahari. Oleh itu, Matahari kelihatan seperti cincin yang terang atau anulus di sekeliling luar cakera Bulan

Konvoi ke Bukit Fraser, Pahang

RXS Retro Club Kesumba menggegak gempitakan kedamaian Bukit Fraser pada 25 Januari 2009. Konvoi peringkat awal ini bertujuan mengesan sebarang kegagalan atau kerosakkan pada jentera sebelum destinasi lebih jauh dipilih pada masa akan datang. Ternyata kesemua jentera berjaya mendaki puncak Fraser dengan mudah dan alhamdulillah tiada sebarang kejadian tidak diingini sama ada pada jentera mahupun peserta konvoi.
"Setting" sebelum memulakan perjalanan

Encik Raybayi (Wak) yang berpengalaman sebagai
mekanik kenderaan tentera turut membantu

Tiba di Jalan Gap dan menunggu waktu untuk ke puncak

Masih kuat dan bermaya

Tiba di puncak

Jentera Sdr Rozi... pertama kali dicuba ntuk pendakian

Macamana ada FZ ni.... Carilah RXS sebiji bro

Motor boleh p.. tapi hati tarak beranilah bro...

Chief of the mission... Mr Johari Zakaria



Pergi dan kembali... lain kali adalah lebih baik diruangkan masa untuk berehat-rehat setelah sampai dan meninjau lokasi.

Lawatan Muhibbah Rakan-Rakan RMR

Lawatan Muhibbah rakan-rakan RMR (Retro Motor Rider) Seluruh Bukit Beruntung ke Kesumba pada 24 Januari 2009 di ketuai oleh Cikgu Amri. Lawatan bertujuan berkenal-kenalan sesama penunggang-penunggang motor retro, bertukar-tukar pendapat dan yang utama ialah merapatkan silatur rahim sesama kita.







Jentera Sifu

Isnin, 19 Januari 2009

Isu Air di Kesumba

Salam buat warga Kesumba...

Krisis air yang sekian lama melanda Kesumba nampaknya tiada penyelesaian dalam waktu terdekat. Wakil-wakil SYABAS yang hadir dalam sesi penerangan dan dialog bersama penduduk Kesumba pada 18 Januari 2009 tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif dan masih dengan isu lama iaitu kegagalan pemaju dalam beberapa perkara meyebabkan bekalan air bersih SYABAS tidak dapat dibekalkan ke taman ini.

Kegagalan pemaju menjelaskan hutang kepada SYABAS antara sebab SYABAS 'enggan' membekalkan air ke taman ini. Andaikan syarikat TALAM bankrup dan gagal menjelaskan hutang-hutangnya kepada SYABAS, maka samapai bila-bilalah air tidak dibekalkan ke taman ini. Apa yang menghairankan, rata-rata orang membina rumah di kampung-kampung secara sendiri tanpa ada pemaju tetapi pihak SYABAS tidak ada masalah untuk membekalkan air kepada mereka. Bak kata abang Din Kantin, soal atau masalah TALAM dan SYABAS kami tak nak ambil tahu, kami nak air bersih. Kita juga warga Malaysia yang membayar cukai dan berhak hidup seperti orang lain. Salahkah kami membeli rumah dengan TALAM...????

RX-Special Menawan Puncak Genting



Pada dua minggu lepas team rx-s kesumba berjaya menawan puncak Genting tanpa sebarang masalah pada motor-motor retro team tersebut. Konvoi turut diiringi rakan-rakan fz150i. Kami dikhabarkan pada cuti perayaan tahun baru cina akan datang iaitu pada 24 Januari 2009 team kesumba rx-s akan berkonvoi ke fraser hill dan akan turut disertai oleh team rx-s bukit beruntung. Sesiapa yang berminat (rx-s sahaja) untuk turut serta boleh menghubungi encik johari selaku presiden kesumba rx-s retro club.

Isnin, 12 Januari 2009

Kesumba oh Kesumba

<<****>>

Apa yang anda tahu mengenai kesumba ? Kesumba ialah nama sepsis tumbuhan yang mungkin kita sering kali temui di kampung-kampung. Daunnya yang berbentuk seakan-akan hati dan mempunyai buah berwarna merah berbulu. Tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian sehingga 20 kaki.Selain tumbuhan ada juga sepsis burung kelicap yang dikenali sebagai Sepah Raja Kesumba atau nama sainsnya Aethopyga siparaja. Spesis ini boleh ditemuinya di hutan-hutan Malaysia dan termasuk dalam sepsis terancam dan dilindungi sepenuhnya… Selain spesis tumbuhan dan haiwan Kesumba juga merupakan nama bagi taman kita yang juga perlu dikenali, dilindungi dan disayangi sepenuhnya.


Burung Kelicap Sepah Raja Kesumba


Pokok Kesumba


Taman Kesumba

Ahad, 11 Januari 2009

Boikot... boikot....boikot

Boikot Barangan Israel!!


Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Boikot Barangan Israel!!

* Senarai produk yang perlu diboikot:
<<>>

Jumaat, 9 Januari 2009

Selamatkan Palestin ... Doakan Palestin

WAHAI RAKAN2 KESUMBA


Aman Palestin akan menganjurkan Rapat Umum “Selamatkan Gaza”

Tarikh: 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Masa: 9 pagi hingga 12 tengahari
Tempat: Stadium Melawati Shah Alam


Selasa, 6 Januari 2009

Clip Video dan Foto Terbaik Minggu Ini... Kesumba RX-S Retro Club


LOKASI : EMPANGAN SUNGAI SELANGOR PERTAK
TARIKH : 04 JANUARI 2009




(Keahlian masih dialu-alukan demi merapatkan buhungan silaturahmi sesama kita)

Sdra Muzamir tukang riki spare part RXS
dan motor RXS untuk dijual


Terbukti 'POWER' di jalanraya

Jejaka paling bersemangat Saudara Johari

RX-S yang telah 'disihirkan' menjadi RX-K


Jentera yang menjadi raja jalanraya era 80-an dan kekal hebat hingga kini

Khamis, 1 Januari 2009

Jadual Rondaan Keselamatan Taman Tercinta (Jan 2009)




*******
(Klik imej untuk paparan penuh)

Waktu Rondaan : 11.00 Malam - 5.00 Pagi
Maklumat Lanjut Hubungi Encik Raybayi (0137183827)
Add Image