Isnin, 29 Disember 2008

Family Day di D'Nelayan Resort 2008

Percutian rakan-rakan Kesumba berjalan dengan lancar di D'Nelayan Resort, Pangkalan Balak, Melaka pada 20 dan 21 Disember 2008. Program yang diterajui oleh saudara Sham pada kali ini turut disertai oleh sembilan keluarga dari Jalan 3A/6. Pelbagai program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya....

Jumaat, 19 Disember 2008

Percutian Rakan-Rakan Kesumba 2008

Percutian Rakan-Rakan Kesumba 2008 insya-Allah akan berjalan pada 20-21 Disember 2008 dan tempat yang terpilih setelah beberapa kali berubah dan diubah ialah D'Nelayan, Pangkalan Balak, Melaka.




Jumaat, 31 Oktober 2008

Mesyuarat Percutian Rakan2 Super Friend

****************
Mesyuarat Percutian Rakan-Rakan Super Friend Akan Diadakan Seperti Ketetapan Berikut :
Tarikh : 01 November 2008
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Balai Raya Sementara 3A/6
Jamuan : Bawa Sendiri2
Agenda :
1. Ucapan Pengerusi Lorong (Encik Johari Zakaria)
2. Ucapan Pengerusi Percutian (Encik Abdul Samad [Sam] )
3. Penetapan Tempat atau Destinasi Percutian
4. Penetapan Tarikh Percutian
5. Perbincangan Aktiviti Percutian
6. Hal-hal Lain
(Tuan/Puan Masih Punya Masa Untuk Melobi Tempat-Tempat Percutian Yang Tuan-tuan Fikirkan Menarik Selagi Undian Belum Dijalankan. Tempoh Berkempen Tamat Pada Jam 8.59 Mlm 01 November 2008)
Kehadiran Tuan dan Puan Amat Dialu-alukan dan Didahului Dengan Ucapan Terima Kasih

Jumaat, 24 Oktober 2008

Sambutan Hari Raya Taman Kesumba 1429H

******

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Kepada Semua Warga Kesumba.

AJK Penduduk telah bersetuju untuk mengadakan sambutan Aidil Fitri Taman Kesumba pada 27 Oktober 2008 / 27 Syawal 1429H. Sambutan akan diadakan diperkarangan Surau al-Hidayah Ta
man Kesumba. Untuk tujuan dana, sumbangan RM15 akan dikutip bagi setiap rumah di taman ini. Sumbangan boleh diserahkan kepada wakil lorong yang telah dilantik oleh JK Sambutan Aidilfitri.

Bagi lorong 3A/6, sumbangan boleh diserahkan tak lain dan tak bukan iaitu kepada Encik Johari bin Zakaria wakil tetap JK Penduduk bagi lorong ini.

Bagi memeriahkan sambutan, tuan puan dijemput untuk acara membakar lemang perdana pada malam 26 Oktober 2008 juga di perkarangan surau taman ini.

Semoga majlis yang akan diadakan nanti akan mengeratkan lagi hubungan silatur rahim sesama penduduk di samping mendekatkan yang jauh dan saling berkenalan sesama kita.

Jumaat, 26 September 2008

Selamat Pulang Ke Kampung....


Salam Rakan-Rakan Taman Kesumba

Selamat Berhari Raya... Pada hari ini (26 September 2008) Taman Kesumba dah mula lengang. Sebahagian penduduknya masing-masing telah pulang ke kampung. Tinggallah warganya yang tidak berkampung atau kampung berdekatan sahaja.

Apapun yang pasti suasana semakin sunyi menjelang hari raya. Bagi rakan-rakan yang pulang ke kampung diharap memandu dengan cermat... ingatlah orang yang tersayang dan orang yang menanti kepulangan kita. Jangan risaukan rumah yang ditinggalkan... insya-Allah wak Ray dan skuad ronda akan setia menjalankan tugas sepanjang rakan-rakan pulang ke kampung.

Ucapan salam dari waga Kesumba untuk saudara mara di kampung. Kami penduduk Taman Kesumba sangat-sangat menghargai semua rakan-rakan kerana menjadi Warga Kesumba yang cekal.

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin.

Syawal 1429H.

Ahad, 14 September 2008

Marhaban Ya Ramadhan

Sambutan Ramdhan 1429H
****
Ucapan Selamat Berpuasa Buat Rakan-Rakan Taman Kesumba. Semoga Ramadhan Tahun Ini Berbeza Dari Tahun-Tahun Lepas Dari Segi Peningkatan Amalan Dan Ibadah. Sama-Sama Kita Memakmurkan Surau al-Hidayah Dengan Solat Fardhu Berjemaah dan Tarawih Serta Tadarus.
Selamat Menyambut Ramadhan 1429 H.

Ahad, 31 Ogos 2008

Kembara Merdeka Taman Kesumba 2008

Taman Kesumba Bukit Beruntung Mengadakan Kembara Merdeka Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke`- 51 serta acara menamakan Taman Permainan Kesumba dengan nama baru. Sambutan bermula dari jam 8.0o dengan acara senam robik dan kembara merdeka. Menamakan Taman Permainan Taman Kesumba pula merupakan acara kemuncak. Nama baru Taman Permainan Taman Kesumba akan ditukar dengan nama baru dan acara ini akan dilaksanakan oleh Pengerusi Penduduk Taman ini iaitu Yang Berbahagia Tuan Haji Harun Mohd Lip AMN.


Khamis, 28 Ogos 2008

Krisis Air Melanda Kesumba



Nak Sampai Begini Ke...


Krisis bekalan air melanda beberapa taman di Bukit Beruntung 3, antaranya Taman Kesumba 3A, Taman Kesumba 3B, Widuri 1, Widuri 2, Widuri 3 dan Widuri Flat... tempat2 lain masih cuba dikenalpasti.

Menurut encik Raybayi salah seorang wakil penduduk yang turut serta dalam dialog bersama Pemaju (Talam Corporation), YB Isa dan Syabas Bhd semalam (27 Ogos 2008), bekalan air hanya akan pulih seawal-awal selepas tiga minggu dari tarikh dialog. Bagaimanapun Persatuan Penduduk Kesumba kurang berpuas hati dengan tempoh yang ditetapkan oleh pamaju yang dirasakan begitu lama. Satu lagi perbincangan dengan CEO Talam Corporation akan diadakan pada jam 10.00 pagi ini (28 Ogos 2008).

Air adalah hak asasi dan keperluan manusia. Menyekatnya bererti menyekat kehidupan manusia dan mencabuli hak-hak dan keperluan manusia. Fikir-fikirkan apa yang perlu kita lakukan....

Sabtu, 16 Ogos 2008

Jom Join RXS Photo Club

Demam RXS melanda Kesumba... apa lagi rakan-rakan, carilah sebuah untuk konvoi ke Salam Sentosa di pagi minggu atau untuk ronda waktu malam time duty.

Sesiapa berminat boleh hubungi rakan-rakan ahli kelab jalan 3a/6. Ada juga dialu-alukan menyertai Kelab RX-S Bukit Beruntung yang kini telah mencapai keahlian hampir dua puluh orang. Kelab RX-S Bukit Beruntung akan mengadakan konvoi ke Melaka pada 23 dan 24 Ogos 2008.


Ahad, 22 Jun 2008

Gotong Royong Surau al-Hidayah

Gotong Royong Surau Al Hidayah akan dijalankan seperti berikut :

Tarikh : 22 Jun 2008
Masa : 8.30 Pagi

* sila bawa peralatan dan hebah-hebahkanya kepada rakan-rakan Kesumba.

Kursus Pengurusan Jenazah Siri 1 - 2008

Kursus pengurusan jenazah telah dilaksanakan pada 21 Jun 2008 bertempat di Surau al-Hidayah Taman Kesumba. Kursus yang telah sekian lama dirancang akhirnya berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Seramai lebih kurang 30 penduduk Taman mengambil bahagian.

Kursus yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Surau al-Hidayah ini bertujuan mendedahkan penduduk taman ini tatacara pengurusan jenazah.

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada jawatankuasa kerana penganjuran kursus seperti ini yang sangat memberi manfaat kepada kami. Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepa Encik Erry Mekanik kerana sudi menjadi model jenazah dalam kursus tersebut.

Diharap pada kursus sesi yang akan datang sambutan pelbagai pihak lebih menggalakkan.

Sabtu, 24 Mei 2008

Mesyuarat Percutian Rakan Kesumba

Saudara saudari yang dihormati sekalian..

Satu mesyuarat telah ditetapkan pada :

Tarikh : 24 Mei 2008

Masa : 6 00 petang

Tempat : Balai Raya Sementara 3A/6

Kehadiran tuan / puan adalah sangat diharapkan.

Sekian.


***sms daripada saudara Rozi Mustaffa

Rabu, 21 Mei 2008

Tazkirah Minggu Ini - Khusyu' Dalam Solat

MENGKHUSYUKKAN SEMBAHYANG

Antara perkara-perkara yang perlu ditekankan dalam mengkhusukkan sembahyang ialah :

  1. Menjaga makan minum dan memastikan ianya diambil dari sumber yang bersih lagi halal serta menjauhkan makanan yang syubhat.
  2. Memperbanyakkan sedekah terutamanya kepada fakir miskin.
  3. jangan menahan membuang air besar mahupun air kecil dan hendaklah diselesaikan terlebih dahulu.
  4. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata ke semua bahagian anggota yang wajib serta membaca doa apabila air melalui tiap-tiap anggota tersebut.
  5. Memakai pakaian yang bersih legi kemas serta bau-bauan yang diharuskan.
  6. Sentiasa sembahyang diawal waktu (melainkan ada majlis atau zikir.
  7. Memastikan di bahagian tempat sujud tidak ada gambar yang boleh menyebabkan fikiran dan hati terganggu.
  8. Bannyak mengingati mati dan mengganggap sembahyang yang dilakukan adalah sembahyang yang terakhir sekali dalam hidupnya.
  9. Menyedari hakikat bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hambaNya.
  10. Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha Melihat gerak geri kita.
  11. Cuba memahami segala isi bacaan dalam sembahyang termasuk ayat al-Quran dan segala zikir.
  12. Sebelum mengangkat takbiratul ihram hendaklah membaca surah al-Nas, Selawat ke atas Nabi SAW, beristighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan dari gangguan syaitan.
  13. Menumpukan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan atau berpaling semasa dalam sembahyang.
  14. Memusatkan seluruh ingatan pada sembahyang dan melambatkan bacaan tasbih semasa dalam rukuk dan sujud.
  15. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau di persekitaran sembahyang.
  16. Tidak memandang ke kiri atau kanan sebaliknya memandang ke tempat sujud.

Selasa, 20 Mei 2008

Mesyuarat Tergempar...

Berkemungkinan mesyuarat akan diadakan pada minggu ini (19 - 25 Mei 2008) atas tujuan membincang dan membahas balik tempat percutian super friend serta penetapan tarikh baru percutian. Semak-semak handset kut2 ada mesej.

Bagi rakan-rakan super friend hujung minggu diharap mempersetujui keseluruhan keputusan mesyuarat. Sebarang masalah atau pertanyaan sila hubungi pengerusi En Syam atau wakilnya Mr Rozi... www.rozihasmawati.blogspot.com

******blogger

Khamis, 15 Mei 2008

Keputusan Mesyuarat Super Friend.. 10 Mei 2008

Mesyuarat telah dilaksanakan pada 10 Mei 2008 pada jam 10 30 Malam. Kehadiran alhamdulillah menggalakkan dan semuanya dari Jalan 3A/6 :

  • Syam + isteri
  • Nazri + isteri
  • Mazli
  • Sapiran
  • Abdul Aziz + isteri
  • Johari + isteri
  • Rozi + isteri
  • Amir + isteri
  • Ju (7-11)
  • Ustaz Buck + isteri
  • Ary
  • Abg Jamal + isteri
Mesyuarat dipengerusikan oleh En Syam dan dicatat oleh Sdr Blogger.. banyak tempat telah di cadang untuk dikunjungi sempena family day rakan-rakan Kesumba antaranya Cherating, Melaka, Bagan Lalang, Tambun Lost World, Sg Kelah Hot Spring.

Carta undian menunjukkan Sg Kelah Hot Spring www.malaysiavacationguide.com/hotsprings.html telah terpilih dan menduduki tangga teratas undian manakala Melaka bandaraya Bersejarah telah terpilih menduduki tempat kedua undian... oleh yang demikian skuad perisik akan dihantar ke tempat berkenaan (Sg Kelah Hot Spring) untuk melihat, meninjau, mendapatkan sebut harga atau membuat tempahan sebelum 18 / 05 / 08 dan mesyuarat kedua telah dipersetujui pada 18 / 05 / 08 (hubungi En Syam untuk kepastian).

Tarikh percutian telah ditetap dan dipersetujui pada : 29 dan 30 November 2008.

Jadi.. apply la cuti awal-awal supaya tidak ketinggalan.. dan tidak lupa .. cukupkan tabungan.

Clik di sini untuk melihat serba sedikit tempat yang bakal dituju ...



Jumaat, 2 Mei 2008

Tazkirah Minggu Ini.. Untuk Renungan

Nasihat Rasulullah SAW Kepada Fatimah RA

Suatu hari masuklah Rasulullah SAW menemui anakandanya Fatimah az-zahra rha. Didapatinya anakandanya sedang menggiling syair (sejenis bijirin) dengan menggunakan sebuah penggilingan tangan dari batu sambil menangis.Rasulullah SAW bertanya pada anakndanya, "Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fatimah? semoga Allah SWT tidak menyebabkan matamu menangis". Fatimah rha. berkata, "ayahanda, penggilingan dan urusan-urusan rumahtanggalah yang menyebabkan anaknda menangis".

Lalu duduklah Rasulullah SAW di sisi anakndanya. Fatimah rha melanjutkan perkataannya, "ayahanda sudikah kiranya ayahanda meminta 'Ali (suaminya) mencarikan anaknda seorang jariah untuk menolong anaknda menggiling gandum dan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di rumah?".Mendengar perkataan anakndanya ini maka bangunlah Rasulullah SAW mendekati penggilingan itu.

Beliau mengambil syair dengan tangannya yang diberkati lagi mulia dan diletakkannya di dalam penggilingan tangan itu seraya diucapkannya "Bismillaahirrahmaanirrahiim".Penggilingan tersebut berputar dengan sendirinya dengan izin Allah SWT. Rasulullah SAW meletakkan syair ke dalam penggilingan tangan itu untuk anakndanya dengan tangannya sedangkan penggilingan itu berputar dengan sendirinya seraya bertasbih kepada Allah SWT dalam berbagai bahasa sehingga habislah butir-butir syair itu digilingnya.Rasulullah SAW berkata kepada gilingan tersebut, "berhentilah berputar dengan izin Allah SWT", maka penggilingan itu berhenti berputar lalu penggilingan itu berkata-kata dengan izin Allah SWT yang berkuasa menjadikan segala sesuatu dapat bertutur kata.

Maka katanya dalam bahasa Arab yang fasih, "ya Rasulullah SAW, demi Allah, Tuhan yang telah menjadikan engkau dengan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul-Nya, kalaulah engkau menyuruh hamba menggiling syair dari Masyriq dan Maghrib pun niscaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah SWT suatu ayat yang berbunyi : (artinya)"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang dititahkan-Nya kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang dititahkan".Maka hamba takut, ya Rasulullah kelak hamba menjadi batu yang masuk ke dalam neraka.

Rasulullah SAW kemudian bersabda kepada batu penggilingan itu, "bergembiralah karena engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fatimah az-zahra di dalam syurga". Maka bergembiralah penggilingan batu itu mendengar berita itu kemudian diamlah ia.Rasulullah SAW bersabda kepada anakndanya, "Jika Allah SWT menghendaki wahai Fatimah, niscaya penggilingan itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah SWT menghendaki dituliskan-Nya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan oleh Nya beberapa kesalahanmu dan diangkat-Nya untukmu beberapa derajat.

Ya Fatimah, perempuan mana yang menggiling tepung untuk suaminya dan anak-anaknya, maka Allah SWT menuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu derajat.

Ya Fatimah, perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah SWT menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh buah parit.

Ya Fatimah, perempuan mana yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah SWT akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang bertelanjang.

Ya Fatimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetangga-tetangganya maka Allah SWT akan menghalanginya dari meminum air telaga Kautshar pada hari kiamat.

Ya Fatimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keredhaan suami terhadap isterinya. Jikalau suamimu tidak redha denganmu tidaklah akan aku do'akan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fathimah bahwa redha suami itu daripada Allah SWT dan kemarahannya itu dari kemarahan Allah SWT?.

Ya Fatimah, apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah SWT akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka Allah SWT mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah yakni berperang sabil. Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga, dan Allah SWT akan mengkurniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat.

Ya Fatimah, perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya semua dan Allah SWT akan memakaikannya satu persalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan dikurniakan Allah untuknya seribu pahala haji dan umrah.

Ya Fatimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah SWT akan memandangnya dengan pandangan rahmat.

Ya Fatimah, perempuan mana yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau menghias rumah untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari langit(malaikat), "teruskanlah 'amalmu maka Allah SWT telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang".

Ya Fatimah, perempuan mana yang meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya serta kukunya maka Allah SWT akan memberinya minuman dari sungai-sungai syurga dan Allah SWT akan meringankan sakratulmautnya, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta Allah SWT akan menyelamatkannya dari api neraka dan selamatlah ia melintas di atas titian Sirat".

Isnin, 28 April 2008

Mesyuarat Rakan-Rakan Kesumba

Satu mesyuarat dicadangkan pada 10 Mei 2008 bagi membincangkan agenda percutian tahunan rakan-rakan kesumba di 'balai raya' jalan 3A/6. Bagi yang berminat sila hadirkan diri selepas Isyak pada tarikh tersebut.

Sekian untuk makluman.

Maklumat lanjut sila hubungi Mr Rozi / Mr Sam di jalan 3A/6.

Rabu, 5 Mac 2008

Talian Telefon Di Kesumba..

halloo rakan-rakan kesumba.. lama tak dengar cerita atau sebarang aktiviti. Amacam semua.. sebok kempen mengundi ke.. apapun itu tanggungjawab kita sebagai warganegara.

Untuk makluman rakan-rakan kesumba.. talian telefon di taman ini telahpun ada.. So, rakan-rakan Kesumba boleh menghubungi TM Point berhampiran untuk membuat permohonan pemasangan talian. Kalau tuan-tuan berminat nak apply streamyx.. dalam taman kita pun ada agen.. so tak yah gi jauh.

Ahad, 10 Februari 2008

Sebahagian Gambar Pertandingan Memancing Tertutup Kesumba 2008














SEBAHAGIAN DARIPADA GAMBAR-GAMBAR PERTANDINGAN MEMANCING TERTUTUP KESUMBA 2008
***
GAMBAR LAIN AKAN DI 'UPLOAD' KEMUDIAN...
***
TERIMA KASIH KEPADA YANG TERLIBAT MENJAYAKAN PERTANDINGAN INI.





Gotong Royong Memasak Sempena Mesyuarat Surau Al-Hidayah 2008

Sebahagian Rakan-Rakan Kesumba Yang Turut Bergotong Royong

Ketekunan dan Kesempurnaan.. penonton pun ramai

Tak Masak Lagi Bang..

Anak dan Bapa.. pelapis generasi

Cikgu Eezanee... tukang bakar

Saudara Rozi Sedang Tekun..

Imam Kesumba.. Ustaz Norhisyam. Menyumbang Ikan Untuk Jamuan Para Penanggah.

Saudara Zainal.. sedang tekun membasuh beras.. takut cicir.

Orang Kuat Kesumba.. Sentiasa Bersama Anda.

Ketua Tukang Masak.. Tak Lain Tak Bukan >>Abang Jaafar<<









Sabtu, 26 Januari 2008

CADANGAN PERKHEMAHAN REKREASI

Satu cadangan telah dibuat oleh rakan Kesumba untuk mengadakan perkhemahan sambil berekreasi di Kolam Kesumba. Sesiapa yang berminat atau mempunyai sebarang cadangan boleh berhubung dengan Encik Johari Zakaria No. 18 Jalan 3A/6.

Membuat Kain Rentang Pertandingan Memancing


Saudara Sapiran Dengan Gaya Tersendiri...


Bersama Ketua Lorong 3A/6 .. Encik Johari


Mr. Jo & Mr. Rozi

Encik Rozi... bakat terpendam


Bersama Membawa Berkat...


Dan Hasilnya... Gaya Free Hand
Ada Tempahan Hubungi Mr. Jo

PERTANDINGAN MEMANCING SAMBIL MENDERMA

Satu pertandingan memancing sambil menderma akan dijalankan pada 27 Januari 2008. Tujuan utama pertandingan ini dibuat ialah untuk mengutip dana bagi keperluan persatuan penduduk taman ini di samping tujuan riadah. Rakan-rakan kesumba diharap dapat mewar-warkan pertandingan ini.

Borang pertandingan boleh dicetak terus dari blog ini.

Berminat sila hubungi Encik Johari (3A/6) / Encik Rozi (3A/6) /

Encik Sharifuddin (3A/7)

Borang Pertandingan Memancing


Isnin, 7 Januari 2008