Salam buat warga Kesumba...
Krisis air yang sekian lama melanda Kesumba nampaknya tiada penyelesaian dalam waktu terdekat. Wakil-wakil SYABAS yang hadir dalam sesi penerangan dan dialog bersama penduduk Kesumba pada 18 Januari 2009 tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif dan masih dengan isu lama iaitu kegagalan pemaju dalam beberapa perkara meyebabkan bekalan air bersih SYABAS tidak dapat dibekalkan ke taman ini.
Kegagalan pemaju menjelaskan hutang kepada SYABAS antara sebab SYABAS 'enggan' membekalkan air ke taman ini. Andaikan syarikat TALAM bankrup dan gagal menjelaskan hutang-hutangnya kepada SYABAS, maka samapai bila-bilalah air tidak dibekalkan ke taman ini. Apa yang menghairankan, rata-rata orang membina rumah di kampung-kampung secara sendiri tanpa ada pemaju tetapi pihak SYABAS tidak ada masalah untuk membekalkan air kepada mereka. Bak kata abang Din Kantin, soal atau masalah TALAM dan SYABAS kami tak nak ambil tahu, kami nak air bersih. Kita juga warga Malaysia yang membayar cukai dan berhak hidup seperti orang lain. Salahkah kami membeli rumah dengan TALAM...????