Ahad, 10 Februari 2008
Gotong Royong Memasak Sempena Mesyuarat Surau Al-Hidayah 2008
Sabtu, 26 Januari 2008
CADANGAN PERKHEMAHAN REKREASI
Satu cadangan telah dibuat oleh rakan Kesumba untuk mengadakan perkhemahan sambil berekreasi di Kolam Kesumba. Sesiapa yang berminat atau mempunyai sebarang cadangan boleh berhubung dengan Encik Johari Zakaria No. 18 Jalan 3A/6.
Membuat Kain Rentang Pertandingan Memancing
PERTANDINGAN MEMANCING SAMBIL MENDERMA
Satu pertandingan memancing sambil menderma akan dijalankan pada 27 Januari 2008. Tujuan utama pertandingan ini dibuat ialah untuk mengutip dana bagi keperluan persatuan penduduk taman ini di samping tujuan riadah. Rakan-rakan kesumba diharap dapat mewar-warkan pertandingan ini.
Borang pertandingan boleh dicetak terus dari blog ini.
Berminat sila hubungi Encik Johari (3A/6) / Encik Rozi (3A/6) /
Encik Sharifuddin (3A/7)
Isnin, 7 Januari 2008
Ahad, 30 Disember 2007
Pertandingan Memancing Tertutup Kesumba BB3
Satu pertandingan memancing telah dirancang oleh Persatuan Penduduk untuk mengumpul dana persatuan. Pertandingan terbuka kepada semua penduduk kesumba kecuali AJK Pertandingan. Pertandingan akan di adakan sama ada pada bulan Januari atau Februari 2008 sebelum mesyuarat agung persatuan diadakan (17 Februari 2008).
Mereka yang berminat boleh menghubungi En Rabayi, Encik Johari atau Encik Izani.
Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Mereka yang berminat boleh menghubungi En Rabayi, Encik Johari atau Encik Izani.
Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Selamat Datang En Zainal Di Kejiranan Kesumba
Khamis, 27 Disember 2007
Jamuan Sambutan Tahun Baru 2008 ... Makan-Makan Hujung Tahun
Satu jamuan Jalan Kesumba 3A/6 Beruntung Hill Park dan rakan-rakan `Super Friend’ dicadangkan untuk diadakan pada hari Sabtu malam Ahad 29 Disember 2007.
Rakan-rakan dijemput untuk turut hadir pada jamuan tersebut...
Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Maklumat lanjut bolehlah menghubungi En. Rozi / En. Sam ditalian... jumpa sendiri le...
Rakan-rakan dijemput untuk turut hadir pada jamuan tersebut...
Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Maklumat lanjut bolehlah menghubungi En. Rozi / En. Sam ditalian... jumpa sendiri le...
Jumaat, 21 Disember 2007
Langgan:
Catatan (Atom)


