Antara perkara-perkara yang perlu ditekankan dalam mengkhusukkan sembahyang ialah :
- Menjaga makan minum dan memastikan ianya diambil dari sumber yang bersih lagi halal serta menjauhkan makanan yang syubhat.
- Memperbanyakkan sedekah terutamanya kepada fakir miskin.
- jangan menahan membuang air besar mahupun air kecil dan hendaklah diselesaikan terlebih dahulu.
- Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata ke semua bahagian anggota yang wajib serta membaca doa apabila air melalui tiap-tiap anggota tersebut.
- Memakai pakaian yang bersih legi kemas serta bau-bauan yang diharuskan.
- Sentiasa sembahyang diawal waktu (melainkan ada majlis atau zikir.
- Memastikan di bahagian tempat sujud tidak ada gambar yang boleh menyebabkan fikiran dan hati terganggu.
- Bannyak mengingati mati dan mengganggap sembahyang yang dilakukan adalah sembahyang yang terakhir sekali dalam hidupnya.
- Menyedari hakikat bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hambaNya.
- Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha Melihat gerak geri kita.
- Cuba memahami segala isi bacaan dalam sembahyang termasuk ayat al-Quran dan segala zikir.
- Sebelum mengangkat takbiratul ihram hendaklah membaca surah al-Nas, Selawat ke atas Nabi SAW, beristighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan dari gangguan syaitan.
- Menumpukan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan atau berpaling semasa dalam sembahyang.
- Memusatkan seluruh ingatan pada sembahyang dan melambatkan bacaan tasbih semasa dalam rukuk dan sujud.
- Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau di persekitaran sembahyang.
- Tidak memandang ke kiri atau kanan sebaliknya memandang ke tempat sujud.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan